Mar 27
Huuuuu
icon1 admin | icon2 Futsal HKC Alor Setar | icon4 03 27th, 2009| icon3No Comments »

SETELAH berjaya memperkenalkan teh Misai Kucing sebagai minuman kesihatan di pasaran dengan jenama MTea, Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) kini menghasilkan jus pati buah dengan nilai tambah yang unik.

Jus pati buah PBM itu bukan sahaja sedap untuk pengguna tetapi menjanjikan peluang untuk dikomersialkan.

PBM, sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sektor bioteknologi negara terutamanya menjalankan penyelidikan yang berasaskan pertanian, memperkenalkan empat perisa jus pati buah iaitu mangga, mata kucing, kundur dan buah naga.

Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Prof. Dr. Ramli Hitam mendakwa, berdasarkan kajian pasaran PBM, jus berkenaan merupakan satu-satunya jus pati buah di pasaran yang mengandungi lebih daripada 70 peratus pati buah asli yang dimasak dengan sempurna.

“Buah-buahan yang digunakan adalah yang segar dan berkualiti tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ramli berkata, minuman berkenaan kaya dengan mineral, serat dan vitamin terutama vitamin C dan vitamin A serta sesuai sebagai minuman untuk kesihatan.

Mar 27
EMmmm
icon1 admin | icon2 Bola Sepak HKC Alor Setar | icon4 03 27th, 2009| icon31 Comment »

Pilihan kesepuluh kejohanan itu dijadualkan menentang pemain Indonesia, Andre Kurniawan Tedjono hari ini untuk memburu slot ke separuh akhir.

Sementara itu, Tsuen Seng yang menewaskan rakan senegara, Muhammad Roslin Hashim 21-8, 21-15 semalam akan menghitung pertemuan dengan pemain China, Chen Long.

Laluan sukar bagaimanapun menanti Beng Hong pada suku akhir apabila perlu berdepan pilihan kedua dari Indonesia, Taufik Hidayat sambil Chun Seng diundi menentang Tommy Sugiarto juga dari Indo- nesia.

Dalam pada itu, sensasi negara, Wong Mew Choo mengetuai cabaran trio wanita negara ke suku akhir selepas menang ke atas lawan masing-masing semalam.

Mew Choo, pilihan ketiga kejohanan, menewaskan pemain Hong Kong, Kwan Yi Mong 21-11, 14-21, 21-18 dan akan berdepan pilihan keenam dari Jepun, Yu Hirayama hari ini.

Julia Wong yang turun selaku pilihan kelima pula akan menentang bintang tuan rumah, Saina Nehwal pada suku akhir sementara pemain muda negara, Lydia Cheah akan berdepan pemain Singapura, Zhang Beiwen.

Pada pusingan ketiga semalam, Julia tidak berdepan masalah menewaskan pemain India, Ashwini Ponnappa 21-16, 21-16 sambil Lydia dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-23, 21-17, 21-6 ke atas Shizuka Uchida dari Jepun.